Saturday, December 6, 2008

Lord Voldemort (lahir pada 31 Disember 1926) merupakan watak yang jahat dalam siri Harry Potter. Beliau merupakan ahli sihir yang jahat yang menginginkan kuasa yang tidak tertanding dan mencapai keabadian melalui ilmu hitam. Dia juga ditakuti oleh warga masyarakat sihir yang menggelarkannya "Kamu-Tahu-Siapa" atau "Dia-yang-Harus-Tidak-Dinamakan" berbanding menyebut namanya dengan kuat. Pengikutnya, Death Eater, tidak memanggil namanya juga. Mereka menggelarkannya "Raja Kuasa Jahat". Voldemort dikira satu di antara ahli sihir yang terhebat. Dikatakan satu-satunya ahli sihir yang ditakuti ialah Albus Dumbledore, pengetua Sekolah Hogwarts.
Nama Voldemort boleh diterjemahkan menjadi "perjalanan kematian" atau "pencurian kematian" dalam Bahasa Perancis (vol de mort).

****

okay, tu watak utama, kite call diorg, the trio.....

skrg, watak antagonis.....

Wednesday, December 3, 2008

Ron Weasley

Ronald "Ron" Bilius Weasley (lahir pada 1 Mac 1980) merupakan watak rekaan J. K. Rowling dalam siri Harry Potter. Setakat ini, Rupert Grint telah melakonkan watak ini bagi keempat-empat filem pertama Harry Potter.
Dua rakan baiknya di Sekolah Sihir Hogwarts merupakan watak utama siri tersebut iaitu Harry Potter dan Hermione Granger.Harry dan Ron bertemu buat kali pertama ketika di stesen King's Cross iaitu sebelum melangkah ke Platform 9¾. Mereka berkongsi gerabak dan ketika itulah Ron menunjukkan binatang belaannya, Scabbers dan Harry berkongsi manisan bersama.
Mereka banyak menghabiskan masa bersama di Hogwarts dan memang sukar dipisahkan.
Ron adalah anak kepada pasangan Arthur Weasley dan Molly Weasley, yang merupakan keturunan keluarga ahli sihir tulen. Ron adalah anak keenam daripada tujuh adik beradik. Ron dibesarkan di Burrow, berhampiran perkampungan Ottery St. Catchpole di Devon. Ron memiliki 5 orang abang, Bill, Charlie, Percy, Fred dan George, serta seorang adik perempuan, Ginny.
Sebahagian besar rakannya di Gryffindor memanggilnya Ron, kecuali Luna Lovegood dari Ravenclaw yang memanggilnya Ronald dan Lavender Brown yang memanggilnya Won-Won ketika mereka menjadi kekasih. Fred dan George memanggilnya Ickle Ronniekins pada buku pertama. Draco Malfoy dan pelajar Slytherin biasanya memanggil nama keluarganya. Dobby si pari-pari rumah pernah memanggilnya Wheezy.
Pada awalnya, bapa Ron bekerja sebagai ketua Jabatan Penyalahgunaan Artifak Muggle, sebuah bahagian kecil di Kementerian Sihir. Ron sering diejek (oleh Malfoy dan konco-konconya) tentang kemiskinan keluarganya dan ini seringkali membuatnya kesal dan kecewa. Walaupun tidak memiliki banyak wang, Artur dan Molly membesarkan anak-anaknya dengan kasih sayang dan adab yang baik. Biarpun abang-abangnya – terutama si kembar – sering membuli Ron, mereka juga sangat prihatin terhadapnya (termasuk Percy). Sebenarnya, Ron beruntung dibesarkan dalam sebuah keluarga besar yang memiliki ikatan kekeluargaan yang erat, namun dia sering tidak menyedarinya. Berbezalah dengan Harry yang kaya (di dunia sihir), namun hidup dengan ibu dan bapa saudaranya tidak menyayanginya. Harry sendiri mengaku bahwa Burrow adalah tempat kedua yang paling disenanginya (setelah Hogwarts) dan dia selalu gembira untuk kembali ke rumah keluarga Weasley yang ceria.

hermione granger

Hermione Jean Granger (dilahirkan pada 19 September 1979) ialah sebuah watak rekaan dalam buku bersiri ciptaan J.K.Rowling iaitu Harry Potter. Hermione ialah seorang rakan baik Harry Potter dan Ron Weasley yang berada dalam tahun yang sama dengan mereka di Sekolah Sihir Hogwarts. Beliau yang berdarah Muggle (bukan sihir, kerana kedua-dua ibu bapa Hermione ialah doktor gigi Muggle).
Hermione boleh dikatakan bersifat suka mengarah dan cerewet dalam sesuatu hal (terutama dalam bidang akademik). Walau bagaimanapun, sifatnya itu yang bersertakan sekali dengan kebijaksanaannya banyak membantu mereka bertiga menyelesaikan masalah dunia sihir. Oleh itu, Hermione agak dihormati oleh ramai warga Hogwarts kerana kebijaksanaanya sehingga pelajar terbaik pada tahunnya.
Kelulusan beliau setakat ini ialah PSB atau Peringkat Sihir Biasa (Ordinary Wizarding Level, OWL) dan memperoleh gred tertinggi dalam semua matapelajarannya kecuali Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam.
Seperti yang dapat diketahui melalui buku, Hermione boleh di sebut melalui ejaan "Her-mai-oh-nee". Hermione, berasal daripada perkataan Hermes iaitu Dewa Masyarakat Yunani Purba bagi penciptaan, bijaksana dan kreatif.
Hermione mempunyai mata berwarna perang, rambut perang yang kerinting dan ketika pertama kali muncul, gigi depannya agak besar. Banyak orang di sekolah mentertawakan wajahnya, termasuk Profesor Snape. Hermione yang merupakan pelajar paling pintar dalam tahunnya, berusaha untuk tidak terlibat dengan gosip walaupun dia sedar dia tidak dapat melarikannya dan dengan Harry dan Ron yang bergantung kepadanya untuk bantuan dalam pelajaran mereka, kewujudannya membuktikan yang dia amat berguna dalam trio itu.
Hermione adalah pelajar yang setia, berani dan sering menyuarakan pendapatnya tetapi kadang-kala mempunyai permasalahan yang sering mengganggunya atau menutup fikirannya buat sementara waktu. Mungkin kita dapat melihat kegelisahannya ketika berhadapan dengan Jerat Syaitan yang dia ingin mencari kayu untuk dinyalakan sedangkan dia sendiri mampu menyalakan tongkat saktinya. Walau bagaimanapun, setakat ini, segala syak wasangka yang timbul di fikirannya adalah benar termasuk kes Firebolt[HP3], Sirius tiada di Kementerian Sihir[HP5] dan tentang Putera Berdarah Kacukan[HP6].
Rowling mengakui yang Hermione itu banyak berdasarkan sifat dirinya ketika di bangku sekolah. Patronus Hermione pula ialah seekor memerang yang merupakan haiwan kesukaan J. K. Rowling.

Tuesday, December 2, 2008

Harry James Potter (lahir 31 Julai 1980 adalah seorang anak ahli sihir rekaan yang merupakan protagonis dalam siri novel khayalan dan sihir hasil penulisan J. K. Rowling
Beliau merupakan anak tunggal kepada James Potter dan Lily Potter. Harry mewarisi mata ibunya yang hijau terang dan rambut bapanya yang berserabai. Pada usia mudanya, Harry digambarkan sebagai orang yang kecil dan kurus. Dia juga mempunyai parut di dahinya yang berbentuk panahan kilat. Parut itu adalah akibat sumpahan membunuh Lord Voldemort ke atasnya pada malam 31 Oktober 1981 yang pada malam yang sama turut membunuh ibu bapanya serta memusnahkan rumahnya.
Harry belajar di
Sekolah Sihir Hogwarts dan bersahabat baik dengan Ronald Weasley dan Hermione Granger.
Harry Potter telah dilakonkan
oleh Daniel Radcliffe dalam semua filem Harry Potter hingga kini dan bakal muncul dalam filem yang seterusnya iaitu, Harry Potter and the Half-Blood Prince. Harry sangat terkenal di kalangan masyarakat sihir kerana telah mengalahkan Lord Voldemort, seorang ahli sihir jahat yang paling berkuasa dan merupakan watak antagonis utama dalam siri ini, dan semua itu berlaku ketika Harry masih berusia setahun. Voldemort telah kehilangan kuasa dn telah kehilangan tubuh walaupun masih terselamat.
James dan Lily Potter telah terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada malam Halloween iaitu pada 31 Oktober 1981 ketika cuba melindungi Harry dari serangan Voldemort. James mati dahulu ketika bertarung di ruang hadapan rumah mereka. Lily pula memilih untuk mati ketika melindungi Harry setelah diberi pilihan oleh Voldemort lalu meletakkan sihir kuno pada Harry yang mampu menyelamatkannya. Kerana itulah ketika Lord Voldemort cuba untuk membunuh Harry, sumpahan tersebut telah berpatah balik dan mengena Voldemort membuatkan Voldemort tidak mempunyai jasad lagi dan menyelamatkan Harry.
Inilah yang menyebabkan Voldemort kehilangan kuasa (tetapi tidak kematiannya) dan pengasingannya dari dunia sihir. Kejadian tersebut membuatkan Harry terkenal dengan jolokan - "kanak-kanak yang terselamat dari maut" – kerana dia satu-satunya manusia yang terselamat dari sumpahan Avada Kadavra dan menjadi penyebab kepada kejatuhan Voldemort. Harry mempunyai parut sebagai peninggalan dari kejadian tersebut.
Selain Harry terselamat dari cubaan Voldemort untuk membunuhnya, sehingga buku kelima dia tidak tahu mengapa Voldemort kehilangan kuasanya – tetapi dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, Harry mengesahkannya apabila Tom Riddle menyoalnya, Harry menjawab:
Tak seorang pun tahu mengapa kamu kehilangan kuasa kamu semasa menyerang saya. Saya sendiri pun tak tahu. Tetapi saya tahu kenapa kamu tidak dapat membunuh saya…
Selepas kematian ibu bapanya, Harry terpaksa hidup bersama satu-satu keluarganya yang tinggal – adik perempuan ibunya, Petunia Dursley, dan suaminya, Vernon Dursley di sebuah pekan kecil Little Whinging di Surrey, England. Keluarga Dursleys tinggal di nombor empat, Privet Drive dalam rumah yang cantik yang mempunyai empat buah bilik dan selesa. Walau bagaimanapun, sepuluh tahun pertama Harry di sana, mereka mengabaikan Harry demi anak mereka sendiri Dudley Dursley dan mereka cuba untuk menanggalkan keajaiban diri Harry untuk menjadikannya"normal" dengan mengasingkannya dari dunia sihir dan apa-apa perkaitan dengannya termasuk perkataan "silap mata".
Perlu diketahui yang Harry adalah berdarah separuh – iaitu, anak kepada Muggle dengan berdarah sihir. Melalui bapanya, James, Harry adalah keturunan sihir tulen melalui keturunan Potter tetapi ibunya, Lily Evans (kemudian ialah Lily Potter) adalah kelahiran Muggle: ahli sihir yang dilahirkan oleh keluarga bukan sihir. Maka Harry adalah berdarah separa sihir dan mempengaruhi jalan cerita dalam banyak perkara.

Monday, December 1, 2008

welcome malaysian's Harry potter's fan..

Assalamualaikum n hello..

Blog nie mempersilakn sumer peminat novel dan filem HP (harry potter).
Dlm blog nie, kte mmbincangkn psl HP..
Umum tau yg HP merupakan sebuah novel karya JK Rowling yg kmudiannya tlh diFILEMkn.
So, klu ade pepe psl HP yg korg tau, org lain x tau, atau yg korg nk tau, just Komen blog ni..
Smbil2 komen tu, jd r FOLLOWER skali, ye?